My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Ok Tak Blog Ni..?

Isnin, 6 Februari 2012

Homestay at Kota Tinggi

Rumah Teres 2 tingkat & Ruang Tamu



Alamat :-

No 20, Jln Tun Hamzah 3,
Taman Kota Intan,
Kota Tinggi, Johor.


Kemudahan :-
Rumah teres 2 tingkat
- 4 bilik
- 3 bilik air
- Di lengkapi dengan perabot, katil, toto dan dapur


Lokasi : -
- Berdekatan dgn econsave, klinik, kedai makan, bank
- 5 minit ke bandar Kota Tinggi
- 20 Minit ke Bandar Tiram, Todays Mall
- 40 minit ke Pasar Borong Johor Bharu
- 30 minit ke Waterfalls Kota Tinggi


Harga:-

- 1 Hari 1 Malam RM300
- Bergantung pada jumlah orang yang menginap
- Deposit Rm 100


Untuk Sewaan:-

- Sesuai untuk menyewa bagi jangka masa pendek
- Sewaan sebulan Rm800

* Harga boleh dirunding.

* Berminat, sila Hubungi:-

(Mohd Farid)
017-7193667
Read more...

Jumaat, 27 Januari 2012

Rakan berburu disangka rusa

ALAN masuk ke Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu yang menjadi tempat Yaseer mati tertembak rakan sendiri ketika berburu rusa kelmarin.


HULU TERENGGANU – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang anggotanya berpangkat Lans Koperal yang mati ditembak selepas dia disangka rusa oleh rakan-rakannya itu ketika mereka pergi berburu di kawasan hutan Kampung Kuala Menjing dekat sini kelmarin.

Yaseer Janudin, 26, disahkan meninggal dunia dalam kejadian pukul 9.10 malam itu. Salah seorang rakannya merupakan kakitangan Jabatan Kesihatan di sini.

Yaseer bertugas di Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu sejak lima tahun lalu.

Kosmo
Read more...

Pelantikan AC Mizal dipertikai



IPOH: Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak.

Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor.

Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan.

“Pelantikan itu tidak disenangi rakyat Perak kerana ramai lagi individu terkenal dari negeri ini lebih layak dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai negeri kelahiran mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Harian Metro
Read more...

Skim Gaji Baru Penjawat Awam Hanya Selepas Kajian Selesai



PUTRAJAYA: Penjawat awam yang memilih untuk menyertai sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan menerima gaji berdasarkan skim berkenaan hanya selepas kajian baru mengenainya selesai, kata Menteri Kewangan.

“Perbezaan gaji bagi sesiapa yang sudah memilih SBPA tidak akan dibayar pada penghubung bulan ini seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan sebelum ini.

“Malah SBPA juga tidak akan dilaksanakan sepenuhnya Februari ini,” kata Menteri Kewangan menerusi satu kenyataan di sini, Jumaat.

Menurut kenyataan itu juga, keputusan berkenaan turut dipersetujui Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas yang diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA dan mestilah memuaskan semua pihak sebelum dilaksanakan.

Sumber: Harian Metro Online
Read more...

Borang pinjaman SARA 1Malaysia diedar Isnin

HAMAD KAMA PIAH (tiga dari kiri) bersama wakil bank yang mengendalikan SARA 1Malaysia (dari kiri) Ketua Pengurusan Produk Pengguna RHB, Lee Kai Kwong; Hong Tat; Malayan Development Holding Sdn Bhd diwakili Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan (MOF), Datuk Dr Irwan Serigar Abdullah; Pengarah Eksekutif CIMB Bank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir dan Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Yunos Abdul Ghani.



KUALA LUMPUR: Golongan berpendapatan rendah boleh mendapatkan borang untuk menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) dari Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) mulai Isnin ini.

Presiden yang juga Ketua Eksekutif Kumpulan, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata mereka yang layak berpeluang memohon pinjaman berjumlah RM5,000 bagi membolehkan mereka melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).

“Mereka hanya perlu membayar minimum RM84 sebulan selama lima tahun, manakala insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit tambahan AS1M,” katanya sambil menambah sejumlah RM500 juta diperuntukkan kepada 100,000 isi rumah yang akan diagihkan berdasar permohonan awal didahulukan.

Beliau berkata demikian pada majlis pemeteraian perjanjian antara Malaysian Development Holdings Sdn Bhd (MDH), syarikat tujuan khas (SPV) milik penuh Kementerian Kewangan bagi menguruskan SARA 1Malaysia, dengan empat bank tempatan berkenaan di sini, semalam.
Hamad Kama Piah berkata, permohonan akan dibuka selama setahun atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan.

Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi sebanyak RM100 juta menerusi MDH. Syarikat itu akan membuat pinjaman bernilai RM500 juta daripada bank tempatan bagi membolehkannya melabur sebanyak 500 juta unit dalam AS1M yang mana pulangannya diagihkan kepada pelabur SARA 1Malaysia.
Sementara itu, Timbalan Presiden yang juga Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Lim Hong Tat, berkata peserta SARA 1Malaysia boleh mengharapkan pulangan pelaburan (ROI) lebih 12 peratus setahun, iaitu antara ROI unit amanah tertinggi pernah ditawarkan di negara ini.
Beliau berkata, menerusi skim itu peserta hanya perlu membayar RM84 sebulan dan selepas lima tahun, sekiranya tiada pengeluaran dibuat sepanjang tempoh itu, akan meraih pulangan RM13,000.
Pemohon yang mempunyai jumlah pendapatan isi rumah antara RM500-RMRM3,000 sebulan layak menyertai.


Sumber : Berita Harian
Read more...

Bayi gigit kepala ular yang masuk ke dalam rumah


BAITULMAQDIS 28 Jan. – Seorang bayi berusia setahun mengejutkan ibunya apabila dia menggigit kepala ular yang masuk ke dalam rumahnya di timur bandar pelabuhan Haifa, semalam.
Ghadir Aleeyan berkata, dia berasa amat terkejut selepas melihat terdapat kepala ular sebesar 30 sentimeter dalam mulut anaknya, Imad Aleeyan.

“Ketika kejadian, saya sedang membancuh susu untuk Imas dan ternampak kepala ular di dalam mulutnya.

Saya menjerit kerana tidak percaya yang anak saya menggigit ular tersebut,” katanya.
Jeritannya telah menyebabkan semua ahli keluarga dan jiran datang untuk melihat apa yang berlaku.

“Kami mendapati bayi tersebut dengan kepala ular di dalam mulutnya, ia sangat menakutkan kami semua,” kata Yasmin Shahin, makcik kepada bayi tersebut.

Seorang jiran yang telah tergesa-gesa untuk melihat apa yang berlaku terkejut apabila melihat kepala ular di dalam mulut bayi tersebut, katanya.

“Apabila dia menarik, Imad mula menangis,” katanya menerangkan kepala ular tersebut ”sangat teruk dimamah” apabila ia muncul dalam mulut kanak-kanak lelaki.
Mereka dengan serta-merta memeriksa bayi itu jika terdapat tanda-tanda gigitan tetapi mendapati tiada dan doktor di hospital Rambam di Haifa mengesahkan bayi tersebut tidak dipatuk oleh ular tersebut.

“Doktor di hospital itu memberitahu kami ular itu benar-benar berbisa tetapi kami sangat bernasib baik kerana ular melepaskan racun yang kurang pada musim sejuk,” katanya.
Dr Boas Shacham, seorang pakar amfibia dan reptilia, memberitahu AFP bahawa iaadalah daripada spesies bukan-berbisa yang menyerupai viper.

Ular tersebut mampu membesar sehingga tiga kaki panjang dan ia ”terlalu muda”.
“Ia mungkin tidak menggigit kanak-kanak kerana sejuk,” kata Dr Shacham yang ketua koleksi herpetologi di Universiti Hebrew Baitulmuqaddis.

“Mereka tidak benar-benar aktif dalam musim sejuk.”– AFP

Sumber : Harian Metro
Read more...

Warga Myanmar Maut Diseret Tren LRT


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar maut dirempuh sebuah tren dan diseret sejauh 10 meter selepas menceroboh masuk landasan Stesyen LRT Chan Sow Lin, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa, 26, telah memasuki landasan tersebut melalui satu tempat yang tidak berpagar berhampiran dengan stesyen berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, hasil pemeriksaan di sekitar kawasan berkenaan tidak menemui sebarang peralatan yang mencurigakan.

“Polis mengesyaki motif kejadian berpunca daripada mangsa yang hendak membunuh diri memandangkan tiada peralatan ditemui bersama mangsa.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu dilanggar sebuah tren sebelum diseret sejauh 10 meter daripada tempat kejadian sehingga menyebabkan leher mangsa hampir putus dan patah di keseluruhan tubuhnya,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, menurut Pengarah Divisyen Rail RapidKL, Khairani Mohamed, perkhidmatan LRT Laluan Ampang terpaksa diberhentikan selama 31 minit ekoran insiden tersebut.

“Perkhidmatan LRT diberhentikan seketika antara pukul 8.15 pagi hingga 8.46 pagi bagi membantu urusan penyiasatan polis.

“Pihak kami ingin memohon maaf kepada semua pengguna atas kesulitan yang mereka hadapi kerana pemberhentian sementara perkhidmatan kami pada pagi ini,” ujarnya.

Menurut Khairani, pencerobohan landasan LRT merupakan satu kesalahan besar dari segi undang-undang di bawah Akta Keretapi 1991.

“Tindakan menceroboh landasan adalah satu perbuatan yang membahayakan diri dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa di samping menyusahkan orang ramai kerana gangguan perkhidmatan,” katanya.
Read more...