My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Ok Tak Blog Ni..?

Isnin, 6 Februari 2012

Homestay at Kota Tinggi

Rumah Teres 2 tingkat & Ruang Tamu



Alamat :-

No 20, Jln Tun Hamzah 3,
Taman Kota Intan,
Kota Tinggi, Johor.


Kemudahan :-
Rumah teres 2 tingkat
- 4 bilik
- 3 bilik air
- Di lengkapi dengan perabot, katil, toto dan dapur


Lokasi : -
- Berdekatan dgn econsave, klinik, kedai makan, bank
- 5 minit ke bandar Kota Tinggi
- 20 Minit ke Bandar Tiram, Todays Mall
- 40 minit ke Pasar Borong Johor Bharu
- 30 minit ke Waterfalls Kota Tinggi


Harga:-

- 1 Hari 1 Malam RM300
- Bergantung pada jumlah orang yang menginap
- Deposit Rm 100


Untuk Sewaan:-

- Sesuai untuk menyewa bagi jangka masa pendek
- Sewaan sebulan Rm800

* Harga boleh dirunding.

* Berminat, sila Hubungi:-

(Mohd Farid)
017-7193667
Read more...

Jumaat, 27 Januari 2012

Rakan berburu disangka rusa

ALAN masuk ke Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu yang menjadi tempat Yaseer mati tertembak rakan sendiri ketika berburu rusa kelmarin.


HULU TERENGGANU – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang anggotanya berpangkat Lans Koperal yang mati ditembak selepas dia disangka rusa oleh rakan-rakannya itu ketika mereka pergi berburu di kawasan hutan Kampung Kuala Menjing dekat sini kelmarin.

Yaseer Janudin, 26, disahkan meninggal dunia dalam kejadian pukul 9.10 malam itu. Salah seorang rakannya merupakan kakitangan Jabatan Kesihatan di sini.

Yaseer bertugas di Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu sejak lima tahun lalu.

Kosmo
Read more...

Pelantikan AC Mizal dipertikai



IPOH: Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak.

Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor.

Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan.

“Pelantikan itu tidak disenangi rakyat Perak kerana ramai lagi individu terkenal dari negeri ini lebih layak dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai negeri kelahiran mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Harian Metro
Read more...

Skim Gaji Baru Penjawat Awam Hanya Selepas Kajian Selesai



PUTRAJAYA: Penjawat awam yang memilih untuk menyertai sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan menerima gaji berdasarkan skim berkenaan hanya selepas kajian baru mengenainya selesai, kata Menteri Kewangan.

“Perbezaan gaji bagi sesiapa yang sudah memilih SBPA tidak akan dibayar pada penghubung bulan ini seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan sebelum ini.

“Malah SBPA juga tidak akan dilaksanakan sepenuhnya Februari ini,” kata Menteri Kewangan menerusi satu kenyataan di sini, Jumaat.

Menurut kenyataan itu juga, keputusan berkenaan turut dipersetujui Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas yang diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA dan mestilah memuaskan semua pihak sebelum dilaksanakan.

Sumber: Harian Metro Online
Read more...

Borang pinjaman SARA 1Malaysia diedar Isnin

HAMAD KAMA PIAH (tiga dari kiri) bersama wakil bank yang mengendalikan SARA 1Malaysia (dari kiri) Ketua Pengurusan Produk Pengguna RHB, Lee Kai Kwong; Hong Tat; Malayan Development Holding Sdn Bhd diwakili Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan (MOF), Datuk Dr Irwan Serigar Abdullah; Pengarah Eksekutif CIMB Bank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir dan Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Yunos Abdul Ghani.



KUALA LUMPUR: Golongan berpendapatan rendah boleh mendapatkan borang untuk menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) dari Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) mulai Isnin ini.

Presiden yang juga Ketua Eksekutif Kumpulan, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata mereka yang layak berpeluang memohon pinjaman berjumlah RM5,000 bagi membolehkan mereka melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).

“Mereka hanya perlu membayar minimum RM84 sebulan selama lima tahun, manakala insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit tambahan AS1M,” katanya sambil menambah sejumlah RM500 juta diperuntukkan kepada 100,000 isi rumah yang akan diagihkan berdasar permohonan awal didahulukan.

Beliau berkata demikian pada majlis pemeteraian perjanjian antara Malaysian Development Holdings Sdn Bhd (MDH), syarikat tujuan khas (SPV) milik penuh Kementerian Kewangan bagi menguruskan SARA 1Malaysia, dengan empat bank tempatan berkenaan di sini, semalam.
Hamad Kama Piah berkata, permohonan akan dibuka selama setahun atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan.

Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi sebanyak RM100 juta menerusi MDH. Syarikat itu akan membuat pinjaman bernilai RM500 juta daripada bank tempatan bagi membolehkannya melabur sebanyak 500 juta unit dalam AS1M yang mana pulangannya diagihkan kepada pelabur SARA 1Malaysia.
Sementara itu, Timbalan Presiden yang juga Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Lim Hong Tat, berkata peserta SARA 1Malaysia boleh mengharapkan pulangan pelaburan (ROI) lebih 12 peratus setahun, iaitu antara ROI unit amanah tertinggi pernah ditawarkan di negara ini.
Beliau berkata, menerusi skim itu peserta hanya perlu membayar RM84 sebulan dan selepas lima tahun, sekiranya tiada pengeluaran dibuat sepanjang tempoh itu, akan meraih pulangan RM13,000.
Pemohon yang mempunyai jumlah pendapatan isi rumah antara RM500-RMRM3,000 sebulan layak menyertai.


Sumber : Berita Harian
Read more...

Bayi gigit kepala ular yang masuk ke dalam rumah


BAITULMAQDIS 28 Jan. – Seorang bayi berusia setahun mengejutkan ibunya apabila dia menggigit kepala ular yang masuk ke dalam rumahnya di timur bandar pelabuhan Haifa, semalam.
Ghadir Aleeyan berkata, dia berasa amat terkejut selepas melihat terdapat kepala ular sebesar 30 sentimeter dalam mulut anaknya, Imad Aleeyan.

“Ketika kejadian, saya sedang membancuh susu untuk Imas dan ternampak kepala ular di dalam mulutnya.

Saya menjerit kerana tidak percaya yang anak saya menggigit ular tersebut,” katanya.
Jeritannya telah menyebabkan semua ahli keluarga dan jiran datang untuk melihat apa yang berlaku.

“Kami mendapati bayi tersebut dengan kepala ular di dalam mulutnya, ia sangat menakutkan kami semua,” kata Yasmin Shahin, makcik kepada bayi tersebut.

Seorang jiran yang telah tergesa-gesa untuk melihat apa yang berlaku terkejut apabila melihat kepala ular di dalam mulut bayi tersebut, katanya.

“Apabila dia menarik, Imad mula menangis,” katanya menerangkan kepala ular tersebut ”sangat teruk dimamah” apabila ia muncul dalam mulut kanak-kanak lelaki.
Mereka dengan serta-merta memeriksa bayi itu jika terdapat tanda-tanda gigitan tetapi mendapati tiada dan doktor di hospital Rambam di Haifa mengesahkan bayi tersebut tidak dipatuk oleh ular tersebut.

“Doktor di hospital itu memberitahu kami ular itu benar-benar berbisa tetapi kami sangat bernasib baik kerana ular melepaskan racun yang kurang pada musim sejuk,” katanya.
Dr Boas Shacham, seorang pakar amfibia dan reptilia, memberitahu AFP bahawa iaadalah daripada spesies bukan-berbisa yang menyerupai viper.

Ular tersebut mampu membesar sehingga tiga kaki panjang dan ia ”terlalu muda”.
“Ia mungkin tidak menggigit kanak-kanak kerana sejuk,” kata Dr Shacham yang ketua koleksi herpetologi di Universiti Hebrew Baitulmuqaddis.

“Mereka tidak benar-benar aktif dalam musim sejuk.”– AFP

Sumber : Harian Metro
Read more...

Warga Myanmar Maut Diseret Tren LRT


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar maut dirempuh sebuah tren dan diseret sejauh 10 meter selepas menceroboh masuk landasan Stesyen LRT Chan Sow Lin, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa, 26, telah memasuki landasan tersebut melalui satu tempat yang tidak berpagar berhampiran dengan stesyen berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, hasil pemeriksaan di sekitar kawasan berkenaan tidak menemui sebarang peralatan yang mencurigakan.

“Polis mengesyaki motif kejadian berpunca daripada mangsa yang hendak membunuh diri memandangkan tiada peralatan ditemui bersama mangsa.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu dilanggar sebuah tren sebelum diseret sejauh 10 meter daripada tempat kejadian sehingga menyebabkan leher mangsa hampir putus dan patah di keseluruhan tubuhnya,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, menurut Pengarah Divisyen Rail RapidKL, Khairani Mohamed, perkhidmatan LRT Laluan Ampang terpaksa diberhentikan selama 31 minit ekoran insiden tersebut.

“Perkhidmatan LRT diberhentikan seketika antara pukul 8.15 pagi hingga 8.46 pagi bagi membantu urusan penyiasatan polis.

“Pihak kami ingin memohon maaf kepada semua pengguna atas kesulitan yang mereka hadapi kerana pemberhentian sementara perkhidmatan kami pada pagi ini,” ujarnya.

Menurut Khairani, pencerobohan landasan LRT merupakan satu kesalahan besar dari segi undang-undang di bawah Akta Keretapi 1991.

“Tindakan menceroboh landasan adalah satu perbuatan yang membahayakan diri dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa di samping menyusahkan orang ramai kerana gangguan perkhidmatan,” katanya.
Read more...

Sheila Rusly Anggap Peserta RL6 ‘Busuk’



KUALA LUMPUR – Jika pertandingan Maharaja Lawak Mega menyaksikan Datuk Chef Wan sebagai pengkritik paling lantang, Raja Lawak musim ke-6 (RL6) pula seolah-olah menjadi pengkritik paling lantang menerusi rancangan di saluran Astro Warna itu.

Pada pertandingan minggu ke-3 RL6 itu, Sheila mengeluarkan kritikan pedas termasuklah mengatakan kumpulan tro, Ketupat sebagai ‘busuk’ kerana persembahan mereka pada malam itu yang tidak memuaskan hati pelakon wanita tersebut.

Bagaimanapun, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, perkataan busuk yang dilontarkan oleh Sheila itu bukan sahaja tidak melampaui batas, malah ia juga tidak melukakan hati para peserta RL6 terutamanya kumpulan Ketupat.

“Daripada segi etika penyiaran, perkataan busuk yang digunakan oleh Sheila itu tidak melanggar peraturan sedia ada. Bagi kami perkataan itu biasa sahaja kerana sebelum ini kami telah mengadakan briefing (penerangan) kepada setiap pengkritik seperti Sheila.

“Malah, kalau diikutkan kritikan Chef Wan dalam Maharaja Lawak Mega tahun lalu lebih pedas. Setakat ini, para penonton RL6 juga tidak mengemukakan sebarang bantahan,” katanya sewaktu ditemui pada sidang akhbar selepas minggu ke-3 RL6 di Astro di sini semalam.

Kritikan pedas dan persembahan terus daripada kumpulan Ketupat yang dianggotai oleh Mohd. Hafizi Hussin, 26, Mohd. Khairi Kamarudin, 26, dan Jusri Johan, 26, menyebabkan mereka tersingkir bersama kumpulan King kerana mendapat undian SMS terendah.

Pada persembahan itu, Ketupat mendapat markah SMS terendah sebanyak 5.7 peratus dan King pula sebanyak 6.3 peratus, manakala kumpulan yang mendapat tiga kedudukan teratas RL6 ialah kumpulan Zero dengan 14.1 markah, Shero (12.1) dan 2Yol (11).

Sementara itu, salah seorang anggota Ketupat, Mohd. Hafizi berkata, dia dan anggota-anggota kumpulannya tidak berkecil hati dengan Sheila yang melabelkan persembahan mereka ‘busuk’, sebaliknya menerima dengan hati yang terbuka.

“Komen Kak Sheila itu memberi kami semangat untuk terus melakukan yang terbaik walaupun hakikatnya kami tersingkir pada malam ini. Bagi saya setiap yang wangi itu akan ada juga busuknya. Apa pun kami tetap bertuah kerana diberi peluang bertanding dalam RL6.

“Ini kerana, kami salah satu daripada 12 peserta yang bertanding dalam musim RL tahun ini daripada hampir 6,000 peserta bertuah terpilih dalam sesi-sesi ujibakat yang telah diadakan di seluruh negara. Tetapi mungkin rezeki kami setakat ini sahaja,” ujarnya.

Dengan penyingkiran Ketupat dan King, minggu depan minggu keempat 10 lagi peserta RL6 yang akan meneruskan saingan ialah Kodan, Skema, Cuit, Gman, Albob, Shiro, Riki, Selak, 2Yol dan Zero pada pertandingan yang berteraskan 100 peratus kepada undian SMS penonton.

Petikan Sumber : http://mynewshub.my
Read more...

Sejam Peluk Mayat Kekasih


GEORGETOWN – Perbalahan antara sepasang kekasih menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), berakhir dengan tragedi menyayat hati.

Teman wanita yang berusia 22 tahun ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat 17, di Flat Taman Utara, Batu Uban, di sini, kira-kira jam 1.20, awal pagi, semalam.

Mayat mangsa, Lau Kah Kah, dijumpai oleh teman lelakinya, Yeoi Khoon Xing, 21, dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di kaki lima flat itu.

Difahamkan, Khoon Xing bergegas ke tempat kejadian apabila mendapati teman wanitanya berhasrat membunuh diri namun tidak sempat menghalang mangsa daripada mengambil tindakan drastik itu.

Khoon Xing yang berbaring di sebelah Kah Kah yang sudah tidak bernyawa terpaksa dipujuk hampir sejam oleh anggota polis selepas dia enggan melepaskan mayat teman wanitanya.

Penduduk di situ memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis setelah terdengar bunyi benda terjatuh diikuti jeritan kuat seorang lelaki.

Dalam pada itu, menurut adik si mati yang enggan dikenali, dia melihat kakaknya dalam keadaan muram ketika membalas dan SMS serta panggilan telefon daripada teman lelakinya.

Kemudian, dia melihat kelibat si mati, Lau Kah Kah yang juga pelajar kolej kelihatan keluar dari rumah dan berlegar-legar di kawasan balkoni flat rumahnya, sebelum dia dipercayai terjun dari tingkat 17, pangsapuri itu.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

“Bagaimanapun, polis akan menjalankan siasatan terperinci dengan mendapatkan maklumat daripada adik si mati dan teman lelakinya.

“Polis turut mengambil kira kandungan SMS yang dipercayai menjadi motif si mati bunuh diri. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian untuk menemu ramah abang si mati di rumah mayat HPP tidak berhasil kerana dia masih trauma dan bersedih dengan kejadian menimpa adiknya.
Keterangan Gambar

-Sinar Harian-
Read more...

KESAN RADIASI TELEFON BIMBIT

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telur telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:



Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:
15 minit – tiada apa yang berlaku.
25 minit – telur mulai panas.
45 minit – telur telah panas.
65 minit – telur telah masak.

Telur yang telah masak


Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

-panduanpercuma.info

Sumber :- http://misteriousgrapersz.blogspot.com
Read more...

Khamis, 19 Januari 2012

Today : Ally Iskandar & Farah Lee Sah Bergelar Suami Isteri



Hanya 2 kali lafaz, personaliti tv3 terkenal, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah bergelar suami kepada Nurfarahin Binti Romli, 22 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi.

Ally Iskandar segak bergaya mengenakan baju melayu putih telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.

Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.

Manakala, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Dianggar lebih 100 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan hadir bagi memeriahkan majlis pernikahan kedua-dua pasangan pengantin ini.


Foto : Farah Lee, Bakal Isteri Ally Iskandar Sebelum Majlis Pernikahan




Sumber : Oh Bulan
Read more...

KESIAN MAKCIK NIE, KEDAINYA DIROMPAK OLEH 2 LELAKI BERMOTORSIKAL


Read more...

“Aidil Membuat Tuntutan Yang Tidak Masuk Akal Langsung!” – Isu Rumahtangga Rita Rudaini


Masih belum selesai dengan isu rumahtangga Aidil Zafuan &
Rita Rudaini, kali ini Rita dikejutkan dengan sepucuk surat
dari peguam Aidil yang dikatakan tidak masuk akal langsung.

Menurut mStar Online, Rita telah menerima sepucuk surat yang
dikirimkan melalui peguam Aidil ketika hendak keluar dari
rumah. Rita dikatakan terkejut setelah membaca isi kandungan
surat tersebut yang mempunyai tuntutan tidak masuk akal.

Saya terkejut membaca isi kandungan surat tersebut selepas
diberikan oleh pengawal keselamatan rumah saya. Aidil membuat
tuntutan yang tidak masuk akal langsung. – dipetik dari mStar Online.

Namun begitu, isi kandungan tersebut masih dirahsiakan atas
sebab tertentu dan OHBULAN! juga harap bahawa tuntutan Aidil bukanlah tuntutan yang merepek sedangkan Rita masih lagi isterinya sendiri.

Rita yang kini agak kecewa dengan tindakan Aidil turut meluahkan perasaannya kepada wartawan mStar.

Kalau ada yang tak kena, apa salahnya kita berbincang. Ini pula hantar surat yang tidak masuk akal langsung. Dalam hal ini saya akan mempertahankan hak saya kerana saya percaya, saya berada pada pihak yang benar.
Rita kini masih tinggal bersama 2 orang anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 9 bulan, tanpa Aidil di sisi. Setakat ini Rita Rudaini masih lagi suami isteri dan tiada isu mereka sudah bercerai.

Petikan:- Oh Bulan
Read more...

Awie Disantau, Muntah Jarum & Bulu Ayam!



Tak habis lagi dengan isu sihir dan pengamalan ilmu hitam, kali ini Awie pula yang menjadi mangsa hasad dengki orang lain.

Mungkin kerana dirinya yang selalu mencetuskan masalah bersama orang lain, tidak hairanlah jika Awie disihir oleh orang lain. Mungkin juga kerana orang lain cemburu dengan kesenangan yang dimiliki Awie, siapa tahu kan? Dia yang baru sahaja selesai mengadakan persembahan di Istana Budaya bersama Ella mengadu keadaan dirinya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.

Menurut Harian Metro, kejadian yang terbaru berlaku terhadap Awie ketika dia sedang mengadakan persembahan di Istana Budaya minggu lepas. Sebelum ini dia hanya mengalami batuk-batuk dan bengkak kaki, tetapi tiba-tiba sahaja bulu ayam terkeluar dari mulutnya minggu lepas.

Awie sebelum ini tidak percaya akan perkara yang mistik namun selepas perkara ini berlaku terhadap dirinya dia percaya syaitan itu punca keadaan dirinya sekarang.

Saya dimaklumkan ia angkara ‘buatan orang’ yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan.

– dipetik dari Harian Metro.
Read more...

Akaun Twitter Azwan Ali Kena Hacked Pulak!



Ingatkan dah abislah cerita pasal Azwan Ali dan Twitternya.

Rupanya tidak.

Cuma dalam kes kali ni mungkin takda salah Azwan ke apalah kan.

Akaun Twitter dia dah kena hacked dengan seorang penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Jack Sparrow dari RileksCrew awal pagi tadi.

Jack Sparrow menurut beberapa blog memang terkenal dengan tindakannya menggodam beberapa fanpage-fanpage artis di Malaysia dan juga beberapa kenamaan lain .

Menurut mereka juga, tujuan penggodaman mungkin berunsurkan security testing bagi seseorang artis itu untuk memperkukuhkan tahap keselamatan mereka seperti untuk akaun facebook, twitter, email dan sebagainya.



Semalam, dalam satu sidang akhbar bertujuan memohon maaf dan berdamai dengan kakanya, Ummi Hafilda, Azwan ada meluangkan bahawa dia tersilap membuat beberapa Tweet yang bersifat mengugut dan menjatuhkan air muka bekas pemimpin negara, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apala nak jadi kan..Apeee pon xbole..
Read more...

Azwan Ali ‘Tewas’ Akhirnya, Menangis Dan Mohon Maaf Kepada Ummi Hafilda



Setelah melemparkan pelbagai kata nista termasuk ugutan jenayah terhadap adiknya, selebriti penuh kontroversi Azwan Ali hari ‘tewas’ apabila memohon maaf secara terbuka termasuk membuat pengakuan bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Dalam sidang akhbar bersama adiknya, Ummi Hafilda itu, Azwan turut memohon maaf secara terbuka kepada para pemimpin politik dan para artis yang tersinggung dengan mesej twitternya.

Dia yang kelihatan sebak dan menitiskan airmata dalam sidang akhbar berkenaan berjanji tidak akan lagi hantar twitter mengenai politik dan isu-isu semasa.

Azwan mengaku dia termakan hasutan dari pelbagai sudut orang yang berkepentingan politik ketika menghantar tweet balon pemimpin politik – Barisan Nasional.

Dia juga mengaku pernah canang abangnya Azmin Ali bakal jadi Menteri Besar Selangor kerana ketika itu rasa ghairah dan bangga apabila maklumat itu diberitahu sendiri oleh ‘seseorang dalam kerajaan Selangor”






” Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak… sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.

“Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan,” katanya.

Untuk rekod, Azwan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap Ummi Hafilda pada Jumaat lalu.

Azwan yang pernah mengacarakan program Jangan Tidur Lagi dikatakan ditahan pihak polis pada hari yang sama.

Ummi Hafilda yang membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) mendakwa Azwan membuat ugutan untuk membunuh dan membakarnya melalui laman sembang Twitter, bulan lalu.

Namun, kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kerana kejadian tersebut berlaku di kediaman Ummi Hafilda di Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, susulan laporan itu, polis memanggil dan menahan Azwan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap Ummi.

Difahamkan, berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan pada hari sama, beliau mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan Twitter berkenaan.

Turut difahamkan, pihak polis juga telah memanggil beberapa individu lain antaranya Azmin, isteri beliau, Shamsidar Tahrin dan ibu mereka bagi membantu siasatan.

“Beliau (Azwan) dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas kita berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

“Polis turut merampas dua buah telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan,” katanya

Dalam perkembangan berkaitan, Ummi Hafilda akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya itu.

Umi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin.

“Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu,” katanya.

Akhirnya berakhir sudah episod gelap dua adik beradik ini.

Suatu ketika dulu Azwan cukup rapat dengan Ummi Hafilda, bahkan kedua-duanya sering dilihat bersama semasa perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih 10 tahun lepas.

Bagaimanapun Azwan dilihat ‘beralih arah’ sejak akhir-akhir ini dan sering mengecam pemimpin kerajaan termasuk yang terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebenarnya tidak salah untuk mempunyai pendirian atau pandangan sendiri mengenai politik namun tindakan Azwan yang menghina pemimpin yang tidak disukainya itu membuatkan dia secara langsung diheret dalam kontroversi.

Mungkin Azwan tidak kisah kerana dirinya sendiri sering mencetuskan kontroversi tetapi kali ini dia benar-benar tersilap langkah.

Membuat ugutan jenayah terhadap adik sendiri dan menghina pemimpin negara adalah perkara yang sukar diterima.

Dikhabarkan kesan daripada perbuatannya itu, dia bakal disenarai hitamkan oleh stesen TV tempatan, satu ‘mimpi ngeri’ bagi dirinya yang memang terlibat secara langsung dalam dunia hiburan.

Semoga apa yang berlaku menjadi iktibar pada Azwan agar tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa akan datang, itu pun kalau dia tidak ‘lupa’ tentang apa yang terjadi sebelum ini.
Read more...

Roslin Hashim Sudah Kahwin Lain?


KUALA LUMPUR – “Ya, saya sudah kahwin baru…akhir tahun lalu,” demikian secara ringkas pengakuan bekas pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim.

Selepas sekian lama ‘mengunci mulut’, Roslin ketika ditemui wartawan, semalam akhirnya akur dengan pertanyaan dan mengesahkan sudah berkahwin kali ketiga dengan seorang wanita yang enggan didedahkan identitinya.

“Saya tak boleh cakap siapa isteri saya demi menghormati keluarga orang rumah (isteri) saya,” kata Roslin yang pernah menjadi pemain badminton nombor satu dunia itu.

Dia juga berharap perkahwinannya kali ini adalah yang terakhir. Pengakuan itu sekali gus melenyapkan teka-teki dan spekulasi berita perkahwinannya yang tersebar luas sejak kebelakangan ini.

Dia berkata demikian selepas selesai prosiding perbicaraan secara tertutup kes tuntutan ganti rugi perkahwinan sebanyak RM53,460 yang dikemukakannya terhadap bekas isteri daripada perkahwinan pertama, Faizah Mohamad, 34, di Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.

Faizah selaku defendan yang diwakili peguam syarie, Mohammad Amir Nazli Hussin hadir ke mahkamah dengan berbaju kurung dan bertudung biru ditemani dua saudaranya.

Roslin, 37, sebelum ini pernah berkahwin buat kali kedua dengan Pengarah Pemasaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Nurhayati Othman, 39, pada 9 Julai 2010 sebelum menceraikan isterinya itu 28 hari kemudian.

Terdahulu, pada perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan, Roslin memberi keterangan utama kira-kira 20 minit prosiding berjalan.

Peguam syarie yang mewakili Roslin, Roslizam Rahim memberitahu, hakim menetapkan 22 Mac ini tarikh menyambung perbicaraan termasuk tambahan empat saksi.

Menurutnya, pihaknya akan memanggil beberapa saksi dan antaranya termasuk penerbit filem…Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman. Roslin menceraikan Faizah selepas 12 hari mereka melangsungkan perkahwinan.

Pasangan itu bernikah di rumah Faizah di Puchong pada 30 Januari 2009 dan disahkan bercerai pada 12 Mei tahun sama oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya menerusi talak bain sughro.

Pada 21 Oktober 2009, Roslin mengemukakan tuntutan perbelanjaan terhadap Faizah ketika merisik, antaranya cincin bernilai RM1,900, kos pengangkutan (RM200) dan barangan pertunangan (RM2,915).

Bagi perbelanjaan ketika perkahwinan pula, Roslin menuntut duit hantaran dan mas kahwin (RM15,080), bayaran jurunikah (RM150), upah solekan pengantin dan sewa barang kemas (RM500), barang hantaran (RM11,465), baju serta kasut pengantin perempuan (RM6,750).

Turut dituntut, khidmat video (RM2,000), kad jemputan kahwin (RM700), pengangkutan dan penginapan (RM1,300), perbelanjaan kenduri di Kelantan (RM10,000) serta tiket kapal terbang (RM500).


Petikan Sumber :- HMetroOnline
Read more...

Rabu, 11 Januari 2012

Sejarah Ayat Qursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt Sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi;
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin ‘Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

” SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT ”




Read more...

Salah Satu Punca Kanser Payudara



Kadang-kadang kita ambil ringan pasal benda nie, tapi tanpa kita sedari ia sangat berbahaya kepada kita terutamanya kepada para wanita.

Korang pernah minum air botol yang lama tertinggal didalam kereta?? mesti pernah kan, kadang-kadang kita tidak tahu air botol yang lama terperap lebih-lebih lagi didalam kereta rupa-rupanya sangat berbahaya untuk wanita,berikut adalah bukti dengan pengakuan penghidap kanser payudara.

 “Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara
Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah
diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,
terutama di Australia …”
“Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini.
Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama
berada di dalam Kereta.”

Doktor berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol
memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara.
Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik
yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman
wanita Anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan
mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan
toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan
mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkingunakan gelas stainless steel atau botol kaca.
Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.



Read more...

PMS ?? DATANG BULAN ?? APA YANG PATUT LELAKI BUAT ??

Cara Lelaki Menguji Wanita

Bila wanita PMS


1.      Hadiahkan coklat kepadanya . Pasti si dia gembira menerimanya . Sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu .

2.      Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan – peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya. Ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang minggu itu.
3.      Lelaki sering kena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanitanya bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. Ucapkan cinta dan pujian cantik lebih –lebih.
4.      Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. Kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.
5.      Bila si keksaih mula bertanyakan badannya, jangan pula menambah bara dengan mengungkit dia makan kek brownies semalam.
6.      Sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar  mampu mengubah moodnya.  Jangan sesekali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaanya.
7.      Jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kamu masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meniggikan suara.
8.      Adakah lebih baik jika kamu pelajari kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. Barulah bahagia dan serasi hidup.
9.      Bagi suami belailah isteri jika dia dalam kesakitan. Dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telinganya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.

Read more...

Tanda Anda Jatuh Cinta


Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda  
    terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma  
    melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

Read more...

Kisah ‘First Time’ Dengan Si Dia

Pagi ini aku nak share ngn korang pasal satu cerita yang ak baca nie..lawak memg lawak pagi2 da wat ak ketawa...ok ceritanya macam nie..


Sebaik sahaja Linda baring, dia mula merasakan otot-otot mula menegang. Linda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi lelaki itu enggan menerima alasan Linda bahkan semakin merapatinya. Lelaki tersebut bertanyakan adakah Linda takut?


Tetapi dengan berani Linda menggelengkan kepala. Jari- jemari lelaki tersebut mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat Linda mengerang. Tetapi lelaki tersebut masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan.

Dia merenung jauh ke dalam mata Linda dan mahu Linda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama baginya. Dia terus tersenyum dan Linda memberi lebih ruang masuk kepadanya. Linda mula merayu agar dia mempercepatkannya.

Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar Linda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin Linda merasakan tisu-tisunya koyak!. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir.



Lelaki tersebut merenung kepada Linda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata Linda direnangi dengan airmata tetapi Linda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya dengan lebih cepat.

Lelaki tersebut meneruskan dengan apa yang patut dilakukan.

Linda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian Linda merasakan sesuatu terkeluar dan lelaki itu menunjukkan kepada Linda.

Linda terbaring dengan wajah yang pucat. Lelaki itu menghamparkan sekuntum senyuman kepada Linda dan mengatakan Linda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman.

Linda hanya tersenyum tawar. Ini juga adalah pengalaman pertama Linda. Dengan senyuman yang tawar Linda pon mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut giginya. Sakit sungguh!! kata Linda di dalam Hatinya….

Dah2..komen plak..:P
hehehe.....

Petikan dari : http://wootmedia.my




Read more...

Doktor Gigi Muncul Masterchef Pertama Malaysia


Daripada meja bedah ke meja masakan, usaha gigih seorang doktor gigi meninggalkan sementara kerjaya profesional beliau untuk terlibat dengan program realiti MasterChef Malaysia ternyata berbaloi apabila dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia yang pertama. Dr Ezani Farhana Md Monoto, 26 tahun dari Kajang, Selangor berjaya menewaskan Wahidan Hj Ag Supain, seorang pekebun dari Sandakan, Sabah pada episod terakhir, Santapan Penamat yang ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104).
Kemenangan Ezani ini melayakkan beliau untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta kontrak menerbitkan dan mengedarkan buku masakannya sendiri.

“ Juara MasterChef Malaysia, Ezani Farhana Md Monoto berkata, “Dinobatkan sebagai MasterChef Malaysia musim pertama merupakan perasaan yang paling menakjubkan dan sesuatu tidak pernah disangka akan terjadi dalam hidup saya. Terlalu banyak yang saya kecapi sepanjang pertandingan ini terutamanya ilmu-ilmu kulinari daripada chef-chef terkemuka, pendedahan dunia kulinari, pengalaman memasak dalam pelbagai situasi dan tempat berlainan yang unik terutama sekali dalam dapur profesional.”

Ezani turut menyatakan pengalaman sebegini menyedarkan dirinya untuk menceburi bidang kulinari ini secara lebih serius.
“Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro dan Astro Ria kerana membawa MasterChef  ke Malaysia, dan saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada fenomena Masterchef ini. Bersaing dengan Abang Wahidan pada peringkat akhir merupakan suatu penghormatan yang amat besar kerana beliau merupakan seorang tukang masak yang paling jujur dan ikhlas serta hebat. Tidak dilupakan kepada para juri, ibu bapa, keluarga, sahabat handai, para peserta terutamanya lima yang membantu saya di Santapan Penamat, pihak produksi serta semua yang tidak putus-putus memberi sokongan dan semangat selama ini.”

Tahniah kita ucapkan kepada Ezani kerana telah dinorbatkan sebagai Masterchef Malaysia yang pertama..Semoga dia Berjaya di masa hadapan...

Read more...

Siti Nurhaliza, ‘Birthday’, Marrakech Dan Dubai!

Sweetnye ^_^
Siti Nurhaliza, 'Birthday', Marrakech Dan Dubai!


Bila kali terakhir hari lahir anda disambut oleh orang tersayang dan apakah agaknya hadiah yang anda terima sempena hari istimewa itu?
Penulis sendiri jarang meraikannya atau diraikan, maklumlah siapalah penuliskan…pun begitu ada jugalah mendapat ‘wish’ daripada rakan-rakan di Facebook, itu pun dah membuat diri ini rasa begitu berharga, chewah!
Dan bagi teman-teman wartawan hiburan, 11 Januari merupakan hari yang dinanti kerana ia merupakan hari ulangtahun penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Yang penulis maksudkan itu bukanlah kerana para wartawan ini mendapat hadiah daripada Siti, tetapi kerana pada hari itu mereka pasti ada bahan menarik untuk disajikan kepada pembaca mereka.
Kena ingat, Siti ada ribuan peminat di seluruh negara termasuk juga dari luar negara, jadi sebarang berita atau perkembangan mengenai dirinya pasti ditunggu-tunggu oleh para peminatnya terutama yang ‘harcore’.

Berbalik pada kisah hari ulang tahun Siti ini, jika selama ini ia diraikan di dalam negara, kali ini suaminya yang tersayang, Datuk K, telah membuat kejutan apabila membawa isteri dan teman rapat penyanyi itu ke syurga membeli-belah dunia…mana lagi kak long, Dubai lah!

Sebelum itu mereka sempat singgah di Marrakech, Maghribi, fuh!

Penyanyi itu juga sempat ‘posting’ beberapa keping gambar istimewa beliau dan suaminya sewaktu berada di negara Maghribi dan UAE itu melalui twitter peribadinya.
Memang bertuah badan ler insan yang bernama Siti Nurhaliza ini…suara sedap, muka cun, suami kaya, hehehehehe
Takpelah dah rezeki masing-masing.
Apapun pada kita yang dok terperap kat Malaysia ni janganlah sedih, kat negara kita pun banyak tempat yang menarik kalau nak pergi.


Read more...

PENTING : Doa Khusus Elak Dirogol Dan Dicabul

PENTING : Doa Khusus Elak Dirogol Dan Dicabul
Sekadar Hiasan

KES jenayah berkaitan keganasan seks seperti rogol, liwat dan sumbang mahram dilaporkan semakin meningkat sejak lima tahun lalu. Berdasarkan statistik, keganasan jenayah seks yang dilaporkan pada 2005 ialah 2,427 kes manakala 2,943 (2006); 3,689 (2007); 3,986 (2008) dan 4,238 (2009), keseluruhannya 17,283 kes.

Jumlah tangkapan bagi kes jenayah berkenaan semakin meningkat daripada 1,504 orang pada 2005 kepada 2,701 pada 2009 iaitu peningkatan 1,197 orang. Manakala bagi jumlah pesalah yang didakwa di mahkamah sepanjang tempoh itu bagi kesalahan rogol, liwat dan sumbang mahram ialah 1,437 orang di mana bagi 2005, jumlah pesalah yang didakwa ialah 308 orang; 410 (2006); 304 (2007); 228 (2008) dan 187 (2009).

Menurut statistik dikeluarkan polis, daripada keseluruhan 13,134 kes dilaporkan sepanjang 2000 hingga 2008, Selangor mencatatkan bilangan kes rogol tertinggi iaitu 2,403 kes, diikuti Johor (2,186), Kedah (1,164), Sabah (1,034), Perak (939) dan Kuala Lumpur (847), Pahang (722), Sarawak (715), Kelantan (636), Negeri Sembilan (623), Pulau Pinang (622), Melaka (588), Terengganu (521) dan Perlis (134). Secara relatifnya, kemajuan sesuatu negeri dilihat menyebabkan bilangan penduduk bertambah serta menjadi tumpuan ramai dan secara logiknya, lebih ramai populasi penduduk maka lebih tinggi kadar jenayah yang berlaku.
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah dan renung-renungkan lah..


Read more...