My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Ok Tak Blog Ni..?

Jumaat, 27 Januari 2012

Warga Myanmar Maut Diseret Tren LRT


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar maut dirempuh sebuah tren dan diseret sejauh 10 meter selepas menceroboh masuk landasan Stesyen LRT Chan Sow Lin, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa, 26, telah memasuki landasan tersebut melalui satu tempat yang tidak berpagar berhampiran dengan stesyen berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, hasil pemeriksaan di sekitar kawasan berkenaan tidak menemui sebarang peralatan yang mencurigakan.

“Polis mengesyaki motif kejadian berpunca daripada mangsa yang hendak membunuh diri memandangkan tiada peralatan ditemui bersama mangsa.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu dilanggar sebuah tren sebelum diseret sejauh 10 meter daripada tempat kejadian sehingga menyebabkan leher mangsa hampir putus dan patah di keseluruhan tubuhnya,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, menurut Pengarah Divisyen Rail RapidKL, Khairani Mohamed, perkhidmatan LRT Laluan Ampang terpaksa diberhentikan selama 31 minit ekoran insiden tersebut.

“Perkhidmatan LRT diberhentikan seketika antara pukul 8.15 pagi hingga 8.46 pagi bagi membantu urusan penyiasatan polis.

“Pihak kami ingin memohon maaf kepada semua pengguna atas kesulitan yang mereka hadapi kerana pemberhentian sementara perkhidmatan kami pada pagi ini,” ujarnya.

Menurut Khairani, pencerobohan landasan LRT merupakan satu kesalahan besar dari segi undang-undang di bawah Akta Keretapi 1991.

“Tindakan menceroboh landasan adalah satu perbuatan yang membahayakan diri dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa di samping menyusahkan orang ramai kerana gangguan perkhidmatan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan